Hari Raya AidilFitri dah makin dekat, maknanya Ramadhan akan berakhir...ada yang gembira, ada yang berduka..tapi aku yakin ramai yang tak rasa apa-apa. Bagi mereka puasa ke..raya ke..buat biasa je..cool la konon.
Teringat zaman sekolah dulu, masa tu umur belasan tahun, masih tahap adik-adik lagi, dapat duit raya, boleh main mercun/meriam/bunga api, kawan ramai, ada makwe 2 orang, pagi pegi sekolah, ada buku teks, boleh kena marah dengan cikgu kalau nasib baik dapat hadiah rotan sesebat dua...pehhh memang best masa tu, hujung bulan puasa amat meriah, boleh bagi kad raya(dah jadi bahan muzium) dan dapat kad raya kemudian gantung kat ruang tamu, kuih raya(buat sendiri) time raya je jumpa, kacau dodol, cari buluh bakar lemang dan pelbagai perkara lagi yang sekarang ni budak-budak tak jumpa.
Bila ingat balik kenangan zaman kanak-kanak, terasa nak balik semula ke zaman tu...bebudak sekarang main dalam rumah mengadap playstation, nak keluar pagar rumah pun mak bapak tak harap...apalagi nak mandi sungai, masuk hutan pasang jerat, memancing, gasing ngan guli pun tak kenal..anak sedara aku pun baru kenal pokok getah dengan pokok padi, itu pun aku bawak tunjuk secara live ke lokasi...apahal, main la banyak-banyak playstation tu...
Zaman dah berubah, situasi berbeza, perjalanan hidup dah tak sama, ini zaman millenium, serba serbi canggih, pakai gadjet, pakai iPod, layan internet, cakap kasar(ada mencarut sikit-sikit) baru nampak moden....tapi masih jumpa bomoh kalau ada masalah...apa macam bro...
Showing posts with label Hal Raya Orang Melayu. Show all posts
Showing posts with label Hal Raya Orang Melayu. Show all posts
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
NEGARAKU MALAYSIA
Jalur Gemilang
