Seiringan dengan hari-hari berlalu, menambah lagi usia diriku bermakna semakin singkat umurku. Aku dapat merasakan heningnya laluan kehidupan ini, pantasnya masa berlalu tak terasa melalui jalan berliku.
Jalan singkat ini dapatkah mungkin aku lalui untuk sampai ke hujung jalan dengan bekalan penuh keimanan untukku hidup di alam kekal abadi.
Rintangan hari-hari berlalu diharungi tanpa lelah dan keliru, inilah dugaan paling sukar terhadapku. Aku lebih rela memikul beban dengan jerih pilu, agar aku lebih dekat denganMu wahai Tuhanku.
Bergembiralah wahai hati yang dirundung sepi, sedih, sayu dan kosong...kerana tidak terisi dengan keriangan manis madu dunia dan nikmat maksiat.
Hati-hati yang tersergam indah mahligai dunia didalamnya, kembalilah ke awal jalan yang lalu, kembali untuk melangkah mengharungi laluan kehidupan penuh liku dan duri, kembali mengumpul rezeki dan iman sebagai bekalan serta teman sepanjang menempuhi alam penuh damai aman abadi.
Oh..jiwa penuh racun hempedu dunia, fikirkanlah keindahan syurga berdayangkan bidadari jelita membelaimu penuh cinta mesra. Fikirkan pula wahai jiwa kudusku, api menjulang menjalar menjilat tubuh hingga cair, jeritan penuh seksa kesakitan amat dasyat.
Kau fikirlah wahai akal dan jiwaku....berjihadlah bersungguh-sungguh melawan musuh dalam dirimu iaitu NAFSU.....
Monday, October 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NEGARAKU MALAYSIA
Jalur Gemilang

No comments:
Post a Comment