Kali pertama saya ke Dubai, UAE tahun 1994. Pakej penginapan di sebuah hotel di sana termasuklah minum pagi. Ketika mengambil lauk-pauk, saya terperasan di sebelah bekas daging ayam, disediakan daging babi. Istimewanya, setiap jenis makanan yang dihidangkan ada labelnya. Kalau lauk 'ayam' ditulis 'chicken', daging lembu ditulis 'beef' manakala daging babi ditulis 'pork'.
Guanno ni, kata hati saya, di tanah Arab pun disediakan makanan haram itu. Macam mana ni, mahu makan atau tidak? Maksud saya bukan makan daging babi itu tetapi makanan lain. Apakah boleh dimakan hidangan 'chicken' yang terletak bersebelahan dengan 'pork'?
Akhirnya saya terpaksa berpuas hati dengan menikmati roti bercicahkan air kopi. Guano, hotel-hotel pak syekh Arab ini, rungut hati saya. Hidangan daging babi disediakan, bercampur-gaul dengan makanan lain.
Ketika itu, saya yang kurang pengalaman, ingat negara-negara Arab bebas daripada hidangan daging babi, tetapi rupa-rupanya tidak begitu. Kota-kota seperti Dubai, Beirut dan Doha yang menjadi transit utama penerbangan nampaknya sudah menepati cirri-ciri antarabangsa, termasuk menghidangkan makanan dan minuman haram. Bir adalah biasa saja di hotel.
Kalau sesetengah orang Arab di beberapa negara Arab sudah tidak sensitif dengan babi, bagaimana pula reaksi orang Melayu Malaysia yang boleh dikatakan semuanya beragama Islam. Oohh, berdasarkan perkembangan semasa, orang Melayu tetap sensitif dengan babi.
Pantang cakap babi, orang Melayu akan melenting. Dengar babi saja pun orang Melayu tak nak, apa lagi makan babi. Mungkin itu sebabnya nama babi itu ditukar kepada khinzir.
Beberapa minggu kebelakangan ini, saya telah menerima sejumlah e-mel dan SMS menyentuh isu babi ini. Seorang peminat Harakah, meminta pihak editorial Harakah membuat satu keluaran khas mengenai isu babi ini.
Katanya, dia tidak berpuas hati dengan cercaan pihak tertentu termasuk akhbar arus perdana yang memutarbelitkan isu ladang ternakan babi secara moden di Selangor. Katanya, dakwaan itu perlu ditangkis, jangan biarkan puak-puak ini bertindak kotor, menipu rakyat terutama orang Melayu.
Seorang pembaca menghantar e-mel menempelak saya, sidang pengarang Harakah dan kerajaan Pakatan Rakyat dengan mendakwa berikutan kesediaan kerajaan Selangor memberi laluan kepada pusat ternakan babi moden itu, 'tidak lama lagi akan terbinalah ladang babi terbesar di Kedah dan Perak'.
"Itulah," tulisnya, "bahana memilih Pakatan Rakyat. Orang Melayu terpaksa hidup dalam lingkungan babi-babi ini."
Seorang lagi menulis: "Lebih baik bina ladang babi moden itu di Pulau Ketam. Di sana banyak orang makan babi."
Penulis tidak mahu komen mengenai isu penternakan babi ini, hanya menyerahkannya kepada kebijaksanaan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menanganinya.
Cuma yang mahu disentuh penulis adalah mengenai kebagusan orang Melayu yang menolak benda haram seperti babi. Dengar saja mereka sudah jijik. Penulis yakin tidak ada orang Melayu-Islam yang makan babi. Sebab sudah jelas makan babi haram.
Di sini penulis berfikir jika orang Melayu-Islam 100 peratus jijik dan tidak makan daging babi kerana 'keharamannya', alangkah bagusnya jika 100 peratus daripada mereka jijik dan berusaha menolak perkara haram seperti rasuah, riba, mencuri, khianat, kesaksian palsu atau mengambil harta dan kuasa dengan sumpah palsu.
Selain daging babi yang sudah jelas haram dimakan, makan atau menggunakan faedah daripada hasil yang haram adalah juga haram. Allah Azza Wa Jalla berfirman dalam al-Quran, ayat 29 Surah An-Nisa' yang bermaksud: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil..."
Ibnu Hibban meriwayatkan, "Tidak akan masuk syurga, daging dan darah yang tumbuh daripada usaha yang haram. Bahkan neraka lebih patut baginya. At-Tarmizi pula meriwayatkan; "Tidak baik (subur) daging yang tumbuh daripada usaha haram, melainkan neraka lebih patut baginya."
Dalam buku 'Penenang Jiwa - Pengubatan dan Rawatan' yang diterjemahkan daripada kitab Imam Al-Ghazali 'Mukashafah Al-Qulub' ada ditulis: "Al-Bazzar (meriwayatkan); "Sungguh tidak ada agama bagi orang yang tidak amanah, solat dan zakat. Siapa yang memakai baju daripada duit yang haram, maka tidak diterima solatnya sehingga baju itu dilepaskan. Sesungguhnya Allah Maha Mulia dan Maha Agung. Tidak akan diterima solat lelaki yang memakai pakaian haram."
Ahmad daripada Ibnu Umar, dia berkata, "Siapa membeli pakaian 10 dirham tetapi satu dirham daripadanya adalah haram, Allah tidak akan menerima solatnya selama ia dipakai." Kemudian dia memasukkan dua jarinya ke dua-dua telinganya sambil berkata, "Tuli saja aku jika Nabi tidak mengatakannya." Al-Baihaqi (meriyawatkan), "Siapa yang membeli barang curi, sedang dia tahu, maka dia turut berdosa."
Berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman penulis, orang Melayu jijik sekali dengan babi. Tiada orang Melayu-Islam yang makan daging babi, apatah lagi sentuh atau berdekatan dengan babi (kecuali 'tokoh' yang menunjukkan tanda bagus di kandang babi di Jerman).
Tetapi berdasarkan suasana persekitaran, ada orang Melayu-Islam tikam ekor (berjudi), minum arak (todi), makan rasuah, riba, dedah aurat dan yang terakhir ini ramai yang mahu menjadi penyanyi (artis) sedangkan Imam Al-Ghazali dalam bukunya itu menyatakan: "Al-Qadi Abu Thaiyyib ath-Thabrani mengutarakan beberapa pendapat daripada Asy-Safie. Abu Hanifah, Sufyan dan segolongan ulama, bahawasanya mendengar lagu dan seumpamanya adalah haram."
Abu Thaiyyib mengatakan, "Mendengar nyanyian daripada wanita yang bukan muhrim tidak dibolehkan menurut ulama Syafie, baik terbuka atau dari balik hijab, baik merdeka atau budak. Dia mengatakan bahawa telah berkata Imam Syafie, "Pemilik jariah (budak perempuan) apabila dia mengumpulkan manusia untuk memperdengarkan nyanyiannya, maka dia adalah bodoh dan harus ditolak kesaksiannya."
Jika Imam Syafie yang diakui hampir setiap Melayu-Muslim di negara ini sebagai imam mereka (mereka mengaku bermahzabkan Iman Shafie), tetapi mengapa tidak mengikut ajarannya sebaliknya terus menghimpunkan penyanyi dan artis dalam pelbagai pertandingan dan akademi serta anugerah dengan hadiah lumayan? Pada majlis ini, selain percampuran bebas, artis perempuan mengambil kesempatan 'berbogel'. Dengan anugerah mewah dan kerap, jelaslah artis disanjung-sanjung sedangkan ulama dan amanat mereka dihumbankan.
OLEH : LANH
Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
7 hari PUASA
Tiba-tiba aje dah 7 hari puasa, rasanya baru tengok pengumuman puasa minggu lepas, cepat betul masa berlalu sekarang. Puasa aku masih ditahap membanggakan. Kalau zaman sekolah rendah dulu gerenti aku dah telan air dalam bilik air, heh .. kalau dah besar buat jugak macam tu..rantaikan aje macam si setan tu.
Kalau dah 7 hari puasa, mesti lagi 23 hari nak raya. Rayakan lah Hari Raya selagi boleh. Masyarakat Melayu dah jadikan adat dalam merayakan Hari Raya ni. Sembahyang raya dah jadi macam wajib pakai baju baru, pelbagai warna, corak dan gaya. Pagi raya bukan main cantik pegi sembahyang raya, tapi masuk sembahyang zohur yang wajib pakai T Shirt dengan kain pelekat lama aje. Tak patut betul..
Kalau dah 7 hari puasa, mesti lagi 23 hari nak raya. Rayakan lah Hari Raya selagi boleh. Masyarakat Melayu dah jadikan adat dalam merayakan Hari Raya ni. Sembahyang raya dah jadi macam wajib pakai baju baru, pelbagai warna, corak dan gaya. Pagi raya bukan main cantik pegi sembahyang raya, tapi masuk sembahyang zohur yang wajib pakai T Shirt dengan kain pelekat lama aje. Tak patut betul..
Monday, August 10, 2009
JALAN LURUS BERLIKU-LIKU

jalan ini bercabang-cabang
jalan ini berlorong-lorong
jalan ini berlubang-lubang
jalan itu jalan lurus
jalan itu menuju arah satu
menapaklah jalan
masuk jalan bercabang
masuk jalan bersimpang
masuk jalan berlubang
jangan menyongsang jalan itu
mula langkah seorang
tujulah arah iman
biar jalan itu berliku
wajib dilalu
wahai insan dan aku
jika lelah di jalan ini
titislah air madu
rebahkan tubuh lesu
bawah rendang pepohon
renunglah jalan itu
renunglah jauh-jauh
dimanakah penghujung jalan itu?
Sunday, August 9, 2009
MARAH
Hari ni aku marah-marah. Marah kenapa aku tak dapat punca lagi, jadi kerana aku marah...aku nak tulis sikit...
hah..tu je la aku nak tulis........
hah..tu je la aku nak tulis........
Tuesday, March 10, 2009
BERITA KEPADA KAWAN
D A D
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Em A D
Sayangnya kau tak duduk di sampingku kawan
D A D
Banyak cerita yg mestinya kau saksikan
Em A D
Di tanah kering berbatuan
D A D
Tubuh ku tergoncang dihempas batu jalanan
Em A D
Hati tergetar menampak kering rerumputan
D A D
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Em A G D
Gembala kecil menangis sedih
A G D
Kawan coba dengar apa jawabnya
A G D
Ketika ia ku tanya mengapa
A G D
Bapa ibunya telah lama mati
A G D
Ditelan bencana tanah ini
G D
Sesampainya dilaut ku khabarkan semuanya
Em A D
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
G D
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Em A
Tinggallah ku sendiri terpaku menatap langit
D A
Barangkali disana ada jawabnya
A D
Mengapa ditanah ku terjadi bencana
G
Mungkin tuhan mulai bosan
D
Melihat tingkah kita
Em A
Yang selalu salah dan bangga
D
Dengan dosa dosa
G
Atau alam mulai enggan
D
Bersahabat dengan kita
Em A
Coba kita bertanya pada
G D
Rumput yang bergoyang
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Em A D
Sayangnya kau tak duduk di sampingku kawan
D A D
Banyak cerita yg mestinya kau saksikan
Em A D
Di tanah kering berbatuan
D A D
Tubuh ku tergoncang dihempas batu jalanan
Em A D
Hati tergetar menampak kering rerumputan
D A D
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Em A G D
Gembala kecil menangis sedih
A G D
Kawan coba dengar apa jawabnya
A G D
Ketika ia ku tanya mengapa
A G D
Bapa ibunya telah lama mati
A G D
Ditelan bencana tanah ini
G D
Sesampainya dilaut ku khabarkan semuanya
Em A D
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
G D
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Em A
Tinggallah ku sendiri terpaku menatap langit
D A
Barangkali disana ada jawabnya
A D
Mengapa ditanah ku terjadi bencana
G
Mungkin tuhan mulai bosan
D
Melihat tingkah kita
Em A
Yang selalu salah dan bangga
D
Dengan dosa dosa
G
Atau alam mulai enggan
D
Bersahabat dengan kita
Em A
Coba kita bertanya pada
G D
Rumput yang bergoyang
Subscribe to:
Posts (Atom)
NEGARAKU MALAYSIA
Jalur Gemilang








